Saturday, August 20, 2011

Kelebihan Menyimpan Emas

Slm...
Hari ni sy nak share sikit pasal keuntungan dan kelebihan jika anda menyimpan emas berbanding wang. Kita semua tau harga emas x akan pernah turun dan akan sentiasa naik.

Harga pada 20/8/2011

Harga pada 15/5/2009
Kita blh tgk sendiri perbezaan harga emas dalam masa lebih kurang 27 bulan. Terdapat peningkatan sebanyak lebih kurang 74.47%. Cuba anda bayangkan. Dengan hanya membeli emas dan menyimpannya, anda akan mendapat keuntungan sebanyak 70% lebih tanpa perlu buat pape. Kita x akan pernah rugi jika menyimpan emas.

Mungkin anda tgk harga emas sekarang sgt tinggi dan nak tunggu harga utk trun sikit. Tp sy nak ingatkn kt sini, emas adalah pelaburan untuk long term. Mungkin kita x akan nampak pulangan dlm masa terdekat. Lagi pun, pelaburan yg mana lg akan mampu berikan anda pulangan sehingga 70% dlm masa 2 tahun. 

Pelaburan emas ni bg sy risikonya agak rendah berbanding pelaburan jenis lain. Kenapa? Bila kita beli emas jongkong atau dinar, barang itu akan berada di tangan kita sendiri. So, kalau sekiranya berlaku apa2 kpd syarikat yg kita beli emas tu, kita akan selamat. X seperti jika wat pelaburan lain....

It's Never Too Late For Gold

Tuesday, August 9, 2011

Silver Cash Bonanza

  • Promosi ni hanya sah untuk pembelian Public Silver bar sahaja.
  • Voucher tunai RM100 akn diberikan untuk setiap pembelian 1kg Public Silver bars (blh dicampur dari pilihan 250gm, 500gm, atau 1kg) dalam satu invois sahaja.(sekali pembelian)
Contoh:
Case 1:
Order : 1 pc of 1kg Silver
Total : 1kg
Reward : 1 pc of RM100 cash voucher

Case 2:
Order : 1pc of 500gm + 2pc of 250gm Silver
Total : 1kg
Reward : 1 pc of RM100 cash voucher

Case 3:
Order : 1pcs of 1kg + 2pcs of 500gm + 3pc 250gm
Total : 2.75kg
Reward : 2pcs of RM100 cash voucher

Case 4:
Order : 12pcs of 250 gm Silver + 20gm gold bar
Total : 6kg
Reward : 6pcs of RM100 cash voucher

T&C:
  • Promosi ini dibuka untuk semua pelanggan biasa, dealer & master dealer.
  • Promosi hanya sah untuk waktu yang tertera shj.
  • Promosi ini tidak sah untuk pembelian melalui Easy Payment Purchases (EPP).
  • Voucher RM100 hanya akan diberi ketika mengambil stok dan semua bayaran telah jelas.
  • Voucher yang diberi hanya sah dan boleh digunakan utuk belian seterusnya.
  • Pelanggan biasa yang membeli sehingga RM20K, layak untuk menjadi dealer (1%).
Tempoh Promosi : 1st August 2011 sehingga 31st October 2011

Harga Public Silver Semasa:

Monday, July 25, 2011

Kenapa Public Gold?

Spread yg rendah iaitu antara 5%-6% shj.

Apa itu spread? Spread adalah perbezaan di antara harga yang dijual dengan harga yang dibeli.
Contohnya jika anda lihat harga Public Gold terdapat dua kolum iaitu "we sell" dan "we buy".
Perbezaan antara dua harga itulah yang dipanggil spread.
Public Gold hanya mengenakan spread yang rendah jika ingin dibandingkan dengan kedai emas biasa yang lain.

Thursday, July 21, 2011

Tuesday, July 19, 2011

Produk Baru : i-Series 22K Jewellery

Harga produk ini juga bergantung kepada harga emas semasa di pasaran dunia dan akan berubah setiap 20 minit.


Ketulenan: 22k(916)




Friday, July 8, 2011

Harga emas RM202.57 segram

Berita ini saya ingin share untuk semua yang mungkin berminat dengan pelaburan emas. Saya telah memetik berita ini dari sumber ini. Moga2 anda akan lebih terbuka mengenai pelaburan emas ini. Ini adalah bukti bahawa anda tidak akan rugi jika memiliki emas.



pix_gal0
Permintaan kukuh pengguna serta pelabur global menjelang 2014

HARGA emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, meningkat 33 peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32) segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global. 

Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram, 4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa.
Brice menjelaskan, terdapat kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu yang mana akan menggalakkan permintaan logam berharga berkenaan.


Kumpulan perbankan universal yang memiliki lebih 1,700 cawangan di seluruh dunia itu, menjangkakan ekonomi China dan India akan terus mencatatkan pertumbuhan mantap, sekali gus melonjakkan pendapatan boleh guna rakyat di negara berkenaan. 

“Permintaan emas dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan pada separuh kedua tahun ini di Kuala Lumpur semalam.

Selain itu, Brice berkata, kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) juga menyebabkan bank pusat di seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing, justeru menyokong harga komoditi itu terus didagangkan pada harga tinggi. 

Sementara itu, tambah beliau, keadaan kadar faedah benar yang masih negatif di AS menawarkan persekitaran yang baik untuk emas. 
“Sejarah membuktikan pulangan dalam pelaburan emas sangat tinggi ketika kadar faedah sebenar adalah negatif,” katanya. 

Bekalan emas juga, katanya, dijangka mengalami kekangan dalam tempoh terdekat dan ia akan terus menyokong kenaikan harga komoditi itu. 

“Kita jangkakan harga emas akan mencecah AS$2,100 pada 2014 dan AS$1,600 pada suku pertama 2012,” katanya. 

Pada suku keempat tahun lalu, permintaan barang kemas di India dan China masing-masing meningkat sebanyak 52.8 peratus dan 31.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. 

Secara keseluruhan, permintaan barangan perhiasan emas global meningkat 8.5 peratus pada suku keempat lalu atau 575.2 tan berbanding tahun sebelumnya. 

Pada akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya. 

Mengenai pasaran saham Malaysia, Brice berkata, pihaknya amat positif dengan prestasi saham tempatan dalam tempoh terdekat kerana kebiasaannya pasaran saham akan mencatatkan prestasi yang baik pada Julai dan Ogos. 

Beliau berkata, dengan jangkaan bahawa ekonomi global akan mencatatkan pemulihan pada separuh kedua tahun ini akan menyokong prestasi pasaran saham. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...