Wednesday, March 28, 2012

SMS for price


1)      Type PG GOLDPRICE and send to 36828 to check the gold price

2)      Type PG SILVERPRICE and send to 36828 to check the silver price

3)      Type PG DINARPRICE and send to 36828 to check the dinar price

4)      Type PG JEWELPRICE and send to 36828 to check the jewellery price(for both D and I series)

tunggu apa lagi?


Saturday, February 18, 2012

X plan is back!


X-Plan: Trade-in Emas Lama dengan Emas Baru


Perihal Promosi
Tempoh promosi : 1 Februari 2012 hingga 29 Februari 2012
Jenis promosi       : Trade –in emas lama dengan emas baru


Huraian:
i. X-Plan membolehkan pelanggan untuk menukarkan sebarang barang kemas EMAS serta 
jongkong EMAS berjenama lain kepada produk Public Gold.
ii. Nilai transaksi untuk X-Plan akan berdasarkan harga paparan di laman web 
www.publicgold.com.my


Rujukan pengiraan nilai Emas jenama X :


Jenis Ketulenan Emas Harga Pertukaran X-plan 
(Jenama -X)
Harga Pembelian
Produk Public Gold
999.9(24K) Berdasarkan
Harga semasa
(PG BUY) 10g 
Berdasarkan 
Harga Jual Semasa 
(PG SELL)
916 (22K)  Berdasarkan 
Harga semasa (PG BUY)  
i-Series 10g
Berdasarkan 
Harga Jual Semasa 
(PG SELL)


iii. Nilai emas jenama-X akan berdasarkan kepada ketulenan yang diuji dengan mesin 
ketumpatan di cawangan Public Gold.
iv. Pelanggan boleh menjadi pengedar Public Gold jika berjaya membuat transaksi X-Plan 
dengan nilai emas melebihi RM20,000(Dealer) atau RM 100,000.00 ( Priority Dealer)Terma & 


Syarat :
1. X-Plan terbuka kepada semua pelanggan Public Gold.
2. Pertukaran boleh dijalankan di semua cawangan Public Gold seluruh Malaysia.
3. Tempahan Harga tidak boleh dilakukan untuk program X-Plan.
4. Proses pertukaran boleh  dilakukan selepas melalui pengujian emas di Public Gold dan harga 
pertukaran yang telah di setujui oleh pelanggan.
5. Emas yang gagal melalui ujian mesin ketumpatan emas TIDAK akan diterima untuk pertukaran 
ini.
6. Harga pertukaran ini hanya sah dalam tempoh promosi yang ternyata di atas.
7. X-Plan ini TIDAK termasuk untuk pembelian melalui Ansuran Bulanan (Easy Payment PurchaseEPP)
8. Pelanggan hanya dibenarkan menukar maksimum 1KG emas setiap hari.
9. Kos Pengangkutan akan dikenakan kepada cawangan Public Gold yang  berada di luar Pulau 
Pinang.
10. Pihak pengurusan Public Gold berhak,mengubah suai,memotong atau menambah terma dan 
syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terdahulu.
Sebarang makluman/pertanyaan:
Sila hubungi cawangan Public Gold yang terdekat atau layari laman web kami www.publicgold.com.my 
/Facebook ( Public Gold International Berhad)

Monday, January 23, 2012

emas RM503 segram 8 tahun lagi




2012/01/17

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India. 

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.
Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam. 

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing. 

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS. 

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai. 
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram. 

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global. 

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu. 

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung. 

"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya. 

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu. 

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan. 

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini. 

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh. 

Wednesday, January 11, 2012

Ganjaran Jualan Tahun Baru 2012


Perihal promosi:


Jenis promosi : Ganjaran pencapaian jualan peribadi


Tempoh promosi : 1 Januari 2012 hingga 31 Januari 2012


Huraian promosi :

Setiap pencapaian jualan peribadi* RM300,000.00 akan diganjar dengan satu (1) unit Samsung GALAXY Tab 10.1" tanpa had.

Promosi ini dibuka kepada semua pelanggan atau Dealer baru dan sedia ada.

Tempoh pengiraan jualan adalah berdasarkan tempoh promosi ternyata di atas.



Terma kelayakan** :

Pesanan atau pembelian mestilah dibuat dalam tempoh promosi ternyata di atas.

Pembelian melalui E.P.P TIDAK diambil-kira atau layak untuk pengiraan promosi ini.

Hanya pesanan atau pembelian sah*** sahaja yang akan diambil kira dalam pengiraan ganjaran jualan peribadi ternyata di atas.

Jika terdapat sebarang pembatalan pesanan atau pembelian seseorang itu akan dibatal kelayakannya untuk promosi ini.

Penafian Tuntutan:
1. Bahagian pengurusan Public Gold memegang hak untuk membuat keputusan muktamad jika terdapat sebarang pertikaian atau perselisihan pendapat berlaku.
2. Bahagian pengurusan Public Gold berhak membuat sebarang perubahan untuk promosi ini dari semasa ke semasa tanpa notis dahulu.


*Jualan peribadi didefinasi sebagai pembelian peribadi serta hasil belian pertama merekrut Dealership baru.
** Sebarang terma tersenarai diatas yang gagal dipenuhi akan membawa kepada pembatalan kelayakan dalam promosi ini.
*** Pesanan atau pembelian sah bermaksud pesanan atau pembelian yang dibayar penuh dalam tempoh yang ditetapkan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...