Friday, July 1, 2011

Mengenai Public Gold

Public Fine Gold International Sdn. Bhd (Public Gold) merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menjual emas pelaburan pada harga pasaran antarabangsa.
Syarikat yang berpangkalan di Bukit jambul, Pulau Pinang mempunyai falsafah untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan yang terunggul dan selamat.
Ini membolehkan masyarakat Malaysia membeli dan menjual emas fizikal pada harga yang kompetitif. Perbezaan di antara harga belian yang rendah sekitar 5-6% adalah sangat menarik jika dibandingkan dengan kedai emas (sekitar 13% - 25%)

Produk yang dijual.

Public Gold menawarkan 2 bentuk emas pelaburan yang terbaik iaitu:
1.      Syiling emas 999.9
2.      Jongkong emas / gold bar 999.9

Syiling emas.

Syiling emas yang dijual adalah di dalam bentuk 50 gram
aug18_02.jpg
Gambar: Syiling emas Public Gold (50 gram, 999.9)

Jongkong emas / gold bar

Gold bar yang dijual oleh Public Gold adalah seperti berikut:
1.      20 gram
2.      50 gram
3.      100 gram
4.      1 kilogram
aug18_03.jpg
Gambar: Jongkong emas 20 gram, 50 gram dan 100 gram.

Sijil ketulenan emas.

Setiap pembelian jongkong emas akan disertakan dengan sijil pengesahan ketulenan yang ditandatangani oleh "Assayer" yang diiktiraf. Ini bagi menjamin kualiti emas yang dibeli.
aug18_04.jpg
Gambar: Contoh sijil ketulenan emas

Bagaimana membeli emas Public Gold?

Memandangkan Public Gold menjual emas mengikut harga pasaran emas antarabangsa, harganya sentiasa berubah-ubah.
Pembeli boleh melihat harga semasa di laman web Public Gold di www.publicgold.com.my ataupun menelefon pejabat Public Gold di 04-6449999.
aug18_05.jpg
Gambar: Harga emas di laman web Public Gold.
Bagi pembeli daripada luar Pulau Pinang, terdapat kos pengangkutan yang perlu ditambah. Ia adalah seperti berikut:
1.      20 gram = RM10
2.      50 gram = RM20
3.      100 gram = RM30
4.      1 Kilogram = RM300
Jika pembeli hendak membeli, mereka boleh membuat tempahan dengan Public Gold ataupun membeli emas Public Gold melalui agen-agen di seluruh Malaysia.
Senarai agen-agen Public Gold boleh dilihat di dalam laman web Public Gold http://www.publicgold.com.my/content/view/49/81/lang,english/
Pembayaran perlu dibuat dalam masa 1 ½ jam daripada tarikh tempahan emas. Jika bayaran tidak diterima maka tempahan akan dikira batal.
Maklumat lanjut mengenai cara-cara pembelian boleh dibaca di http://www.publicgold.com.my/content/view/39/69/lang,english/

Kebaikan membeli emas daripada Public Gold.

Membeli emas dengan Public Gold mempunyai banyak kelebihan:
1.      Stok sentiasa ada -Public Gold mengeluarkan sendiri produk emas mereka.
2.      Harga yang jauh lebih rendah daripada kedai emas
3.      Memberi jaminan membeli balik emas mereka mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya , bengkok asalkan beratnya masih sama.
4.      Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (sekitar 5%-6%)
5.      Kualiti emas yang terbaik (jongkong emas dengan kualiti 24K)
6.      Mempunyai agen yang ramai di seluruh Malaysia.

Pengiktirafan.

Public Gold telah menjadi syarikat pertama di Malaysia yang mencipta rekod "The Malaysian Book of Record" sebagai:
Pengeluar gold bar tempatan pertama mendapat pengiktirafan assayer dari segi ketulenan jongkong emas keluaran mereka.
aug18_06.jpg
Jongkong emas yang diiktiraf ialah 20 gram, 50 gram dan juga 100 gram.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...